Jangan Salah Tafsif Undang-Undang Demi Kepentingan Pihak Tertentu - Sultan Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 29 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah selepas berkenan merasmikan Majlis Pembukaan Persidangan Dewan Negeri ke-13 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam pada Jumaat. -fotoBERNAMA
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah selepas berkenan merasmikan Majlis Pembukaan Persidangan Dewan Negeri ke-13 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam pada Jumaat. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda tidak berkenan pihak yang menyalahtafsir peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor demi kepentingan dan manfaat golongan tertentu.

Sehubungan itu, baginda menyeru semua pihak khususnya rakyat Selangor agar sentiasa menghormati dan akur pada setiap peruntukan dalam undang-undang tersebut untuk terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup.

"Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing," titah baginda pada upacara perasmian pembukaan mesyuarat penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Bangunan DUN di sini, Jumaat.

Sultan Sharafuddin, selaku Ketua Agama Islam Selangor, juga menitahkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui gabungan parti PAS, PKR dan DAP memberikan perhatian serius terhadap usaha meningkatkan kualiti hidup umat Islam dengan keutamaan diberikan dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Titah baginda cara kerja yang profesional dapat menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai addin (cara hidup yang diredai Allah).

"Perhatian serius kepada usaha memajukan umat Islam tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan atau meminggirkan rakyat Beta yang lain.

"Malah kemajuan umat Islam selaku golongan majoriti di negeri ini mampu memberikan kesan positif kepada negeri dan rakyat," titah baginda.

Sultan Selangor menitahkan pimpinan kerajaan negeri memberikan tumpuan bagi memastikan prestasi ekonomi terus stabil di samping memberi penekanan terhadap pembangunan desa, modal insan, pendidikan serta kesihatan.

Titah baginda, ekonomi Selangor tahun ini dianggarkan merekodkan prestasi sederhana dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 5.6 peratus setahun seiring dengan persekitaran ekonomi dunia dan Malaysia yang sederhana.

Baginda turut menitahkan agar kerajaan negeri menyusun strategi memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkenalkan sistem jaringan bagi membantu rakyat yang menghadapi situasi ekonomi yang semakin mencabar.

"Pada masa sama, Beta ingin melihat rakyat terlibat secara aktif dalam semua aktiviti ekonomi agar kemakmuran ekonomi di negeri Selangor dapat dikecapi rakyat secara keseluruhannya," titah baginda. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan