Sukan Ejen Efektif Penyatuan Rakyat - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kiri) melambai ke arah para atlet ketika menyaksikan perarakan masuk kontinjen negeri-negeri pada upacara pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 kali ke-16 di Stadium Mini Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil di sini, Jumaat malam. Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kiri). -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kiri) melambai ke arah para atlet ketika menyaksikan perarakan masuk kontinjen negeri-negeri pada upacara pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 kali ke-16 di Stadium Mini Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil di sini, Jumaat malam. Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sukan merupakan ejen efektif bagi menyatukan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata bukti kelangsungan sukan sebagai alat penyatuan dapat disaksikan menerusi sokongan padu yang sentiasa diberi segenap lapisan masyarakat ketika atlet negara berjuang mengharumkan nama negara di kejohanan peringkat kebangsaan mahupun di luar negara.

Tegasnya, sukan merupakan medium penting dalam usaha merealisasikan matlamat dan wawasan negara selain membina sebuah masyarakat yang cergas dan berdaya maju.

"Atas dasar kepentingan itu, maka kerajaan komited dalam memastikan kemajuan sukan di negara ini diberi keutamaan," katanya ketika berucap merasmikan Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Stadium Mini Bukit Jalil di sini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kerajaan akan terus meluaskan inisiatif dengan menyediakan landasan penyertaan untuk mengenal pasti lebih ramai atlet muda yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili negara pada kejohanan di peringkat antarabangsa pada masa depan.

Katanya, kementerian itu turut sama terlibat dalam mempertingkatkan usaha melahirkan lebih ramai pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan, antaranya program Satu Murid Satu Sukan yang diperkenalkan pada 2011.

"Kementerian Pendidikan sedang giat memastikan keberkesanan program ini terutama dalam menyediakan kemudahan dan peralatan latihan, jurulatih berkelayakan serta program latihan yang lebih berstruktur dan berkesinambungan," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata usaha mengembangkan bakat sukan menerusi Sukma adalah pemangkin penting kepada pembangunan bakat-bakat sukan di negara ini.

Beliau bangga dengan penganjuran Sukma yang banyak menyumbang kepada lahirnya jaguh negara seperti pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David dan jaguh berbasikal negara Mohd Azizul Hasni Awang.

Beliau berharap lebih banyak rekod kebangsaan, rekod Sukma mahupun catatan peribadi terbaik dapat dicipta oleh atlet dalam edisi Sukma kali ini.

"Saya berharap temasya kali ini akan dapat mencapai matlamat menyediakan satu tahap pertandingan yang bermutu tinggi dalam usaha menyediakan pendedahan yang secukupnya kepada atlet yang mengambil bahagian," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan