Sistem Undi Popular Tidak Relevan - Annuar Musa

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kaedah undi popular yang dibangkitkan pembangkang merupakan sistem yang tidak relevan dengan amalan demokrasi di negara ini.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata, pembangkang boleh mendabik dada kononnya mereka layak membentuk kerajaan kerana mendapat undi popular namun hakikatnya sistem berkenaan tidak diguna pakai dalam sistem pilihan raya Malaysia.

"Saya tak menafikan hak pembangkang untuk merasa bangga dengan apa yang mereka istilahkan sebagai undi popular...itu adalah hak mereka.

"Tetapi dalam sistem Parlimen dalam negara kita ini, perkara itu tidak relevan. Nak bangga dapat berapa peratus...silakan," katanya ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Annuar berkata demikian ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan Abdullah Sani (PKR-Kuala Langat) berhubung kejayaan pakatan pembangkang memperoleh 51 peratus undi popular pada pilihan raya umum yang lalu.

Statistik keputusan PRU-13 menunjukkan Barisan Nasional (BN) memperoleh 47.38 peratus (5,237,699 undi) undi popular berbanding pakatan pembangkang yang memiliki 50.87 peratus (5,623,984 undi) di peringkat nasional.

Sementara undian popular di Semenanjung pula menunjukkan BN mendapat 45.74 peratus berbanding pakatan pembangkang (53.29 peratus).

Mengulas lanjut Annuar berkata, pembangkang menggunakan strategi dengan meraih simpati dan sokongan rakyat walaupun pada asasnya mereka tidak mempunyai dasar penyatuan yang sama.

"Kita tahu gagasan pakatan pembangkang...mereka tak dapat menghidangkan satu dasar yang dipersetuju bersama. Mereka bawa dasar masing-masing.

"Tetapi strategi pembangkang ialah mereka cuma mahu meraih undi maksimum. Apabila berhadapan dengan pengundi Melayu dan Islam, mereka pertahankan.

"Tapi apabila berhadapan dengan pengundi Cina, mereka guna sentimen perkauman untuk dapatkan undi. Tak ada apa yang boleh dibanggakan apabila mendapat undi popular dengan cara seperti ini," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan