Pengecualian Visa Ke Jepun Hanya Terpakai Kepada Pemegang Pasport Ikut Standard ICAO

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengecualian visa untuk penginapan jangka pendek ke Jepun, hanya terpakai kepada rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik menepati standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang dikeluarkan sejak Februari 2010, demikian menurut Kedutaan Jepun pada Jumaat.

Seorang jurucakap kedutaan itu berkata, beliau bimbang pengumuman pengecualian visa itu, mungkin menimbulkan kekeliruan berikutan syarat penting tersebut.

"Syaratnya ialah, pengecualian itu terpakai kepada pemegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip yang mematuhi standard ICAO," katanya menambah keputusan itu berkuat kuasa 1 Julai.

Kedutaan menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu selepas pengumuman mengenai peraturan baharu itu dibuat pada Rabu dan dilaporkan media secara meluas.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang tidak memegang pasport sedemikian, masih perlu memohon visa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan