Ketua Wanita Umno: Azalina Percaya Lebih Ramai Akan Cabar Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said percaya lebih ramai lagi akan tampil mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan parti akan datang.

Katanya, Perlembagaan parti yang baharu dipinda membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat bertanding merebut jawatan tertentu, termasuklah beliau yang menyatakan minat untuk menerajui sayap Wanita Umno.

"Pertandingan akan menjadi sangat terbuka dengan pindaan Perlembagaan Umno yang baharu.

"Saya dimaklumkan ramai lagi yang menunjukkan minat. Bukan saya seorang sahaja, mungkin ada lagi, kita tak tahu masih terlalu awal," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Ahli Parlimen Pengerang ini berkata keputusan beliau untuk mencabar Shahrizat adalah satu perkara positif dan dilihat sebagai persaingan sihat dalam sistem demokrasi dan parti.

Jelasnya, dalam pemilihan, apa yang paling penting adalah nilai kepimpinan dan sejauh mana seseorang pemimpin boleh membawa perubahan dalam parti.

"Kalau ada sesiapa yang merasakan boleh membawa perubahan kepada Umno, boleh memimpin dan menjadi pemimpin yang baik mereka bolehkan tawarkan diri untuk bertanding," katanya.

Mengulas mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang turut dipertandingkan, beliau berkata ia menunjukkan keterbukaan demokrasi di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden turut dipertandingkan menunjukkan kepimpinan Datuk Seri Najib yang lebih terbuka.

"Demokrasi akan lebih meriah dan mewujudkan persaingan sengit yang sudah tentu baik dan sihat.

"Pendekatan ini membolehkan sesiapa sahaja boleh memilih dan boleh bertanding kerana tiada lagi sistem perwakilan," katanya.

Pada Khamis, Shahrizat mengesahkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2009 setelah menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.

Azalina, Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004 dan bekas menteri turut menyatakan minat terhadap jawatan Shahrizat dengan menawarkan diri sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Shahrizat, dengan kerjaya politiknya yang terjejas oleh skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lepas, berkata keputusan beliau berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap Wanita Umno.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan