Gangguan Elektrik Di Sarawak Mungkin Bermula Dari Loji Hidroelektrik Bakun

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Torstein Dale Sjotveit.
Torstein Dale Sjotveit.

KUCHING: Penurunan frekuensi pada sistem tenaga yang mencetuskan gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan di Sarawak petang Khamis mungkin bermula dari loji hidroelektrik Bakun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB), Torstein Dale Sjøtveit.

Beliau berkata, sistem itu terpelantik yang membawa kepada kegagalan keseluruhan sistem SEB dan semua stesen SEB mengalami gangguan termasuk di Sejingkat di Kuching, Batang Ai, loji arang batu Mukah selain loji gas Bintulu dan Miri.

"Punca insiden yang bermula 5.36 petang masih belum diketahui sepenuhnya tetapi dengan fakta yang diperoleh setakat ini, kelihatan seperti penurunan frekuensi mungkin bermula dari loji hidroelektrik Bakun," katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Bernama di sini.

Sambil memohon maaf atas kesulitan dan kerugian yang dialami pengguna akibat gangguan bekalan elektrik itu, beliau memberi jaminan SEB akan melakukan yang terbaik bagi mengembalikan keadaan itu seperti sedia kala pagi ini berikutan masalah luar jangka yang dialami bagi memulihkan sistem itu.

Beliau berkata, semua sistem penghantaran SEB termasuk talian penghantaran Kemena-Bintulu, dipulihkan beberapa jam pertama selepas sistem itu terpelantik tetapi ia hanya mampu mendapatkan semula bekalan melalui dua daripada empat unit bekalan tenaga Bakun selepas 11 malam Khamis.

"Sistem itu masih tidak stabil akibat impak besar itu tetapi buat masa ini, saya mempunyai satu pasukan lebih daripada 30 orang kami yang terbaik di Menara Sarawak Energy di sini bagi melihat dan memulihkan sistem itu peringkat demi peringkat," katanya.

Katanya, ratusan petugas SEB juga digerakkkan di seluruh Sarawak di stesen-stesen janakuasa dan stesen kecil bagi menyokong dan memantau pemulihan sistem.

Beliau memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dijalankan dengan input pihak ketiga bagi memaksimumkan apa yang boleh dipelajari SEB daripada insiden yang sangat serius ini.

Bekalan tenaga hampir dapat dipulihkan sepenuhnya di bandaraya Kuching menjelang 10.45 malam tadi manakala bekalan tenaga di sebahagian kawasan di Miri dan Bintulu dapat dipulihkan dengan Sibu masih mengalami gangguan.

Di Lawas, pengguna tidak terjejas dengan insiden itu dan menikmati bekalan tenaga kerana kawasan itu tidak disambung dengan grid utama. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan