Dua Juta Penduduk Terjejas, Empangan Bakun Bukan Punca Gangguan Elektrik

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jalan raya di beberapa bandar besar sesak apabila seluruh bahagian di Sarawak mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pukul 5.30 petang sehingga pukul 8 malam Khamis. - fotoBERNAMA
Jalan raya di beberapa bandar besar sesak apabila seluruh bahagian di Sarawak mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pukul 5.30 petang sehingga pukul 8 malam Khamis. - fotoBERNAMA

MIRI: Lebih dua juta penduduk di Sarawak terjejas apabila seluruh bahagian di negeri itu mengalami gangguan bekalan elektrik berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.

Namun, pengendali empangan hidro terbesar - Empangan Bakun berkata, gangguan bekalan elektrik bukan berpunca daripada empangan tersebut.

Ketua Jurutera Empangan Bakun, Zulkifle Osman ketika dihubungi The Star berkata, tiada sebarang kerosakan serius pada mesin empangan tersebut.

"Setiap mesin berfungsi dengan baik pada Khamis. Kami tidak berdepan sebagai kerosakan teknikal sebelum bekalan elektrik terputus.

"Tapak empangan Bakun tidak mengalami sebarang masalah teknikal serius sehingga menyebabkan seluruh negeri bergelap. Bakun bukan punca masalah itu.

Ketua Penerangan dan Publisiti SUPP, Datuk Sebastian Ting berkata, beliau telah menghubungi Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

"Gangguan elektrik itu berlaku secara tiba-tiba. Sehingga pukul 6.30 petang, orang ramai masih cuba mencari punca masalah itu.

"Lokasi sebenar yang menyebabkan gangguan itu masih dikenal pasti. Apa yang menyebabkan ia berlaku turut disiasat," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan