Wakil BN, Pembangkang Sepakat Mahu Dalang Insiden Lahad Datu Didedahkan

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa wakil kerajaan dan pakatan pembangkang pada Khamis menggesa kerajaan mendedahkan dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac lepas.

Mereka berpendapat tindakan melengahkan pendedahan dan penghakiman ke atas dalang berkenaan akan menimbulkan syak wasangka berterusan dalam kalangan masyarakat.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata walaupun yakin dengan kepimpinan kerajaan dan kehebatan pasukan keselamatan dalam menangani isu itu, pendedahan dan pendakwaan segera ke atas dalang terbabit tetap ditunggu.

"Walau ada pihak yang berkata kerajaan lambat mendedahkan dalang terbabit tetapi saya yakin kerajaan pada masa kini sedang melakukan siasatan yang begitu rapi bagi memastikan mereka yang terbabit dapat diadili," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Menjawab isu penggunaan perkhidmatan AirAsia untuk mengangkut anggota tentera ke Lahad Datu yang dibangkitkan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ahmad berkata ia bukan satu isu yang harus diperbesarkan.

"Pada saya, penggunaan perkhidmatan AirAsia tidak menjadi masalah tapi soalnya dalang atau tali barut yang berada dalam negara, itu lagi bahaya," katanya.

Berkongsi pandangan sama, Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.

Ahmad, ketika mengakhiri perbahasannya, menarik perhatian semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada insiden berdarah itu dan mengenang jasa anggota keselamatan yang sanggup berkorban demi mempertahan kedaulatan negara.

"Apapun yang disebutkan di sini, kita menghala kepada satu tujuan sama iaitu mengutuk perbuatan dalang di sebalik pencerobohan berkenaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan