Lori Rosak Punca Kesesakan Teruk Di Jambatan P.Pinang

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Ribuan kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak selepas sebuah lori mengalami kerosakan manakala sebuah lagi terbalik di laluan berasingan di sini Khamis.

Lori yang rosak berikutan masalah enjin dalam perjalanan menghala ke bahagian pulau manakala sebuah lagi lori terbalik selepas melanggar pembahagi jalan ketika menghala ke Perai.

Kedua-dua kejadian itu berlaku di kilometer 1.6 dan kilometer 1 di laluan berasingan kira-kira pukul 5 petang Khamis.

Jurucakap Jambatan Pulau Pinang berkata kejadian itu telah menyebabkan kesesakan teruk di kedua-kedua laluan dan sehingga pukul 8.45 malam tadi usaha mengalihkan dua lori berkenaan sedang dijalankan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kesesakan berlaku kira-kira 10 kilometer daripada tempat berlaku kejadian berkenaan.

Di bahagian pulau berlaku kesesakan sehingga Batu Maung, Bayan Lepas dan sepanjang Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu sehingga pengkalan Weld dan di seberang kesesakan sehingga Sungai Dua serta Juru. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan