Idea Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Terengganu Terlalu Awal - Karpal

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Idea untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat di Terengganu berikutan kekosongan kerusi Dewan undangan Negeri (DUN) Kuala Besut adalah terlalu awal, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Saya percaya ia adalah bersifat akademik semata-mata. Apa yang penting sekarang adalah memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.

"Pakatan akan mempertimbangkannya dengan berhati-hati bergantung kepada keputusan pilihan raya kecil itu," kata Karpal kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan untuk membentuk kerajaan perpaduan di antara BN dan Pakatan sekiranya keputusan pilihan raya kecil tidak berpihak kepada BN.

Pada Pilihan Raya Kecil Ke-13 (PRU-13), BN kembali membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat menang 15 kerusi.

Beliau berkata semua parti harus menghormati proses demokrasi dan membenarkan pilihan raya kecil diadakan.

"Parti yang mempunyai ramai wakil rakyat perlu memerintah negara atau negeri dan isu itu tidak seharusnya dibangkitkan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan