GST Belum Dapat Dilaksanakan, Masih Dalam Kajian

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum memutuskan bila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dapat dilaksanakan kerana ia masih di peringkat kajian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sekiranya kerajaan melaksanakan GST tersebut, mekanisme yang akan digunakan adalah melindungi golongan berpendapatan rendah.

"Kerajaan mahu sistem kutipan cukai yang terbaik dalam menguruskan kewangan kerana peningkatan hasil pendapatan akan membolehkan peningkatan perbelanjaan untuk kepentingan ekonomi.

"Sekiranya dilaksanakan kita sudah buat kajian untuk menggunakan model pengkadaran sifar melibatkan barangan keperluan asas," katanya menjawab soalan lisan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa -BN) berhubung langkah kerajaan melaksanakan kadar GST sebanyak tujuh peratus.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, GST merupakan satu sistem percukaian yang baik dan telah dilaksanakan di 140 negara.

"Barang makanan itu antaranya beras, minyak masak, haiwan ternakan,bekalan eletrik 200 kilowat, bekalan air 30 meter padu dan model bekalan pengecualian untuk sistem perkhidmatan seperti bas, teksi dan pengangkutan awam lain," katanya.

Bagaimanapun, Husni berkata, kerajaan akan melakukan lebih banyak promosi serta memberikan penerangan mengenai persepsi negatif terhadap pelaksanaan GST. Rang Undang- Undang GST dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada Disember 2009, namun bacaan kedua yang dijadualkan pada Mac 2010, ditangguhkan. Ia pada mulanya dijangka dilaksanakan pada pertengahan 2011 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan