Data Satelit Sahkan Tiada Kebakaran Di Kawasan Operasi Sime Darby Di Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantations pada Rabu mengesahkan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia selepas mengkaji data titik panas bagi tempoh 25 Mei hingga 25 Jun ini.

Syarikat itu berkata kajian data itu adalah daripada agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan peta sistem kedudukan global syarikat berkenaan bagi kawasan konsesi di bawah PT Tunggal Mitra Plantation (PT TMP) dan PT Bhumireksa Nusa Sejati (PT BNS) di Riau, Indonesia.

"Apabila pemadanan data titik panas dan peta kawasan konsesi menunjukkan semua titik panas berada di luar konsesi PT TMP," katanya syarikat multinasional itu dalam kenyataan di sini.

Ia berkata terdapat tiga kawasan titik panas dalam kawasan konsesi PT BNS tetapi terletak di luar kawasan operasi syarikat di mana komuniti tempatan yang menduduki tempat itu menanam tanaman kontan seperti jagung, tebu dan nenas serta tanaman saka seperti kelapa dan buah pinang.

Sime Darby menjelaskan bahawa satelit NASA mempunyai maklumat lapuk mengenai kawasan konsesi tanah syarikat berkenaan yang telah dikurangkan selepas proses pelesenan dimuktamadkan.

"Satelit NASA menunjukkan kawasan konsesi PT BNS ialah 180,392 hektar dan pada hakikatnya hanya 25,662 hektar. Daripada jumlah ini, 18,688 hektar adalah kawasan tanaman sebenar dan 1,530 hektar adalah kawasan pembangunan dan kediaman.

"Baki tanah kini diduduki oleh masyarakat tempatan," katanya sambil menambah terdapat juga percanggahan berkenaan dengan kawasan konsesi PT TMP itu.

Data daripada satelit NASA menyatakan saiz konsesi syarikat adalah 38,473 hektar manakala konsesi sebenar hanya 13,836 hektar di mana 2,474 hektar diduduki oleh masyarakat tempatan, katanya.

Sime Darby Plantations akan menyiarkan dan mengemukakan laporan ini kepada Rundingan Meja Bulat Mengenai Kemampanan Minyak Sawit seperti diminta, katanya.

Walau bagaimanapun, Sime Darby Plantations dan syarikatnya PT TMP dan PT BNS akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengurus sebarang titik panas dan kebakaran demi kepentingan pekerja, orang awam dan alam sekitar, katanya.

Syarikat itu turut mengulangi komitmen kepada dasar sifar pembakaran dalam operasinya di seluruh dunia.

Jumaat lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menggesa syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan setempat dan memastikan mereka tidak menyumbang kepada msalah alam sekitar.

Kejadian membakar di Riau telah menyebabkan masalah jerebu melanda beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan