Dakwaan Ijazah Palsu: Richard Riot Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap MP DAP

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen DAP, Ong Kiang Ming (Serdang, Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Justin Tan (Stampin) berhubung dakwaan dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memiliki ijazah palsu.

“Saya dengan sekeras-kerasnya membidas kandungan kenyataan mereka. Kerana ia dilakukan di luar Dewan Rakyat, apa yang saya akan lakukan ialah meminta peguam-peguam saya mengendalikan hal ini,” katanya kepada pada pemberita di sini, Rabu.

Beliau menambah, ia merupakan tuduhan “fitnah yang serius”.

“Ijazah Sarjana saya dalam Sumber Manusia daripada Hertfordshire, London, begitu juga Ijazah saya dalam Sumber Manusia. Sebab itu saya dalam Kementerian Sumber Manusia.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawan, saya membidas perkara ini sebagai satu fitnah. Biar peguam saya mengendalikannya.”

Terdahulu, Ong, bersama dua lagi Ahli Parlimen mendakwa kedua-dua Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin memiliki ijazah palsu.

Ong berkata, dalam laman web Kementerian Sumber Manusia, Riot disenaraikan memiliki ijazah ‘Charted Institute of Business Management’ di Ireland, dan Universiti Preston di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, Universiti Preston adalah sangat terkenal sebagai universiti yang palsu sebagaimana dilaporkan oleh beberapa laporan akhbar, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat menjumpai laman web untuk Charted Institute of Business Management’ Ireland.

Ong menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kedua-dua individu itu meletakkan jawatan sekiranya beliau serius terhadap integriti dalam Kabinetnya.

Mengenai isu Ewon, Riot tidak mengulasnya.

“Saya hanya tahu tentang diri saya.”

Katanya, beliau tidak tahu di mana Ong mendapat maklumat mengenai “ijazah palsu” dan di mana sahaja mereka mendapatkannya tidak penting.

“Apabila Perdana Menteri melantik seseorang menyertai Kabinetnya, beliau akan memastikan pilihannya itu dalam menjalankan tugas. Dan tugas di Kementerian Sumber Manusia bukannya mudah,” kata Riot.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan