Bekalan Elektrik Di Kuching Pulih Sepenuhnya - SEB

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bekalan elektrik di hampir seluruh kawasan bandaraya Kuching telah dipulihkan sepenuhnya setakat 10.45 malam Khamis manakala beberapa kawasan kediaman di bandaraya Miri dan Bintulu dipulihkan secara berperingkat.

Bekalan elektrik di seluruh negeri itu terputus akibat litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang Khamis.

Pengurus Komunikasi Korporat Sarawak Energy berhad (SEB) Ahadiah Zamhari memberitahu Bernama bahawa jurutera dan juruteknik SEB masih sedang berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik di kawasan-kawasan lain di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya bekalan elektrik di Sibu masih belum dipulihkan manakala Lawas tidak mengalami gangguan kerana bekalan elekrik ke bandar itu tidak disambung kepada grid utama.

Bekalan elektrik yang dipulihkan secara berperingkat di kawasan Kuching melibatkan Poh Kwong Park, Stampin, Matang Jaya, Desa Wira di Jalan Batu Kawa dan kawasan komersil Satok serta kawasan-kawasan kediaman di Miri.

Gangguan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer di jejambat Jalan Satok dan persimpangan Jalan Tun Abang Openg dan juga laluan lain kerana lampu isyarat jalan tidak berfungsi.

Sementara itu, seorang sumber memberitahu Kompleks Petronas Gas Asli Cecair (LNG) Bintulu besar kemungkinan tidak terjejas akibat gangguan bekalan elektrik kerana kompleks itu dirancang untuk menjana bekalan kuasa dalaman melalui turbin stim dengan kapasiti 1,200 Megawatt.

Beliau berkata gangguan bekalan elektrik itu tidak menjejaskan kompleks tersebut kerana ia tidak bergantung kepada sumber kuasa dari luar termasuk yang dibekalkan oleh SEB melalui grid utama.

Sementara itu di Bintulu, seorang penjawat awam Yati Jaya memberitahu Bernama bahawa bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya pada pukul 8.30 malam.

Di Miri, penduduk masih bergelap setakat 8.30 malam manakala di Limbang gangguan berlaku minimal sekitar pukul 6 petang tetapi kembali normal selepas itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan