Beberapa Bahagian Di Sabah Alami Gangguan Bekalan Gula

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Menjelang bulan puasa dan Hari Raya, bekalan gula telah mengalami gangguan bekalan di beberapa kawasan tertentu di Sabah.

Pengguna berkata mereka bukan sahaja sukar untuk mendapatkan bekalan gula tetapi harganya juga telah meningkat di beberapa tempat.

Suri rumah, Kasuma Yusof, 36, dari bandar Bingkul di daerah Beaufort berkata beliau telah pergi ke beberapa kedai runcit beberapa hari lalu untuk mendapatkan bekalan.

"Saya sering pergi ke beberapa kedai sejak akhir-akhir ini kerana gula dijual seperti 'goreng pisang panas'," katanya pada Khamis, sambil menambah beliau tetap membelinya walaupun harga gula di daerah itu telah meningkat daripada RM2.50 kepada RM3.50 sekilo.

Sementara itu, pembantu kedai Tarminah Sanau, 31, berkata stok gula datang dalam satu ikat dan telah habis dijual dalam masa sejam.

"Keadaan seperti ini sering berlaku sejak beberapa hari yang lalu mungkin kerana bulan puasa dan Hari Raya semakin hampir jadi kita menghadkan setiap pelanggan kepada dua kilo gula setiap kali mereka membeli," katanya.

Pekedai di kawasan seperti Sabindo dan pusat komersial Sinsuran berhampiran bandar Kota Kinabalu juga berhadapan dengan masalah yang sama tetapi berharap bekalan akan datang tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, orang-orang di kawasan-kawasan seperti Luyang berhampiran bandar tidak menghadapi masalah itu.

Seorang pemilik restoran dari kawasan tersebut berkata dia tidak menghadapi masalah itu tetapi berharap tidak akan ada apa-apa rintangan untuk mendapatkan bekalan gula selepas ini.

Pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kota Kinabalu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen pada masa ini.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan