Anwar Gelojoh, Tidak Hormati Keluarga Allahyarham A. Rahman - Shabery Cheek

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gelojoh kerana bercakap soal pilihan raya kecil ketika keluarga Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar bersedih atas pemergian Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut itu.

Katanya perbuatan Ketua Pembangkang itu menunjukkan Anwar tidak tahu bersabar dan teruja kerana kematian A. Rahman membuka peluang kepada pilihan raya kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Terengganu tersebut.

"Bila orang bersedih bagi dia seolah-olah dia gembira untuk (merampas satu lagi kerusi)...(Ini) kegembiraan untuk Anwar dan terus menunjukkan rasa tamak dan gelojoh untuk menerkam satu kerusi yang ada di situ.

"Bagi saya ini masih lagi waktu bersedih kami...untuk menunjukkan simpati, dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham...itu yang lebih penting, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar semalam yang bercakap mengenai pilihan raya kecil di DUN itu sedangkan penyandangnya Allahyarham A. Rahman Mokhtar baru sahaja meninggal dunia pada sebelah pagi.

Allahyarham A. Rahman, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi itu jika pilihan raya kecil diadakan.

"Berdasarkan keputusan lepas, BN menang dengan agak selesa, jadi tidak ada sebab untuk BN kalah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan