Agong Berangkat Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-232 Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Khamis berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-232 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Mesyuarat hari kedua pada Khamis dihadiri semua raja Melayu atau wakil masing-masing dan kesemua Yang Dipertua Negeri.

Perak diwakili oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan Pahang oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir pada Khamis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam mesyuarat itu, raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri.

Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan Raja Perlis telah menyampaikan titah ucapan tahniah kepada Perdana Menteri yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri setelah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 baru-baru ini.

Kata beliau, Raja Perlis berharap agar negara terus mencapai kemajuan dan pembangunan pesat di samping mengekal dan memupuk perpaduan serta keharmonian di kalangan rakyat yang sudah sekian lama wujud.

Syed Danial juga memberitahu mesyuarat telah diberikan taklimat terkini mengenai pertahanan dan keselamatan negara daripada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tambah beliau lagi, turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah perkara berhubung agama Islam, pelantikan termasuk pelantikan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan