Shahrir Samad Pengerusi BNBBC Baru

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahrir Samad.
Shahrir Samad.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) bagi penggal Parlimen ke-13.

Pemilihan Shahrir dibuat sebulat suara dalam mesyuarat BNBBC pada Selasa selepas pembukaan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sebelum ini bagi penggal Parlimen ke-12, BNBBC dipengerusikan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Tiong King Sing.

Shahrir yang ditemui di lobi Parlimen pada Rabu mengesahkan mengenai pemilihan tersebut.

Menurut Shahrir, mesyuarat tersebut juga bersetuju untuk mengekalkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sebagai Timbalan Pengerusi dan anggota Parlimen Mersing, Johor Datuk Dr Latiff Ahmad sebagai setiausaha.

Shahrir yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah memimpin BNBBC bagi penggal Parlimen ke-11 selama dua tahun sebelum meletak jawatan pada 2006.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan