Kerajaan Fokus Selesai Isu Pendamaian Nasional - PM

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib ketika hadir pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, K.Lumpur, Rabu. -fotoBERNAMA
Najib ketika hadir pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, K.Lumpur, Rabu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bagi mencari penyelesaian berkaitan isu polarisasi kaum dan agama terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan MKPN merupakan pelan penyatuan dan pendamaian untuk merapatkan semula hubungan rakyat serta menumpukan semula kepada usaha membangunkan negara.

"Tiga perkara penting yang perlu dijadikan agenda majlis ini ialah bagaimana untuk tangani soal polarisasi kaum dalam aspek yang luas, bagaimana nak pupuk keharmonian di antara agama dan bagaimana dasar-dasar kita boleh berbentuk inklusif.

"Daripada majlis ini kita boleh rumuskan apa yang terbaik. Melangkah ke hadapan supaya negara kita lebih berjaya dalam menentukan kesejahteraan rakyat dan menentukan masa depan yang lebih baik untuk negara kita," katanya ketika menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Lim bertanya mengenai usaha kerajaan mengenai pelan 'pendamaian nasional' yang dilaksanakan kerajaan sejak berakhirnya PRU-13 pada 5 Mei lalu.

Menurut Najib berkata kerajaan terbuka untuk menjemput orang awam, ahli akademik dan wakil parti politik sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkang untuk menganggotai MKPN.

Mengulas lanjut Najib bagaimanapun berkata, langkah utama dalam membentuk pendamaian nasional di kalangan rakyat ialah dengan menerima keputusan PRU-13 berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam usaha kita mencari dan mencapai pendamaian nasional, saya suka menegaskan bahawa premis utamanya ialah keputusan PRU-13 perlu kita terima sebagai satu keputusan yang muktamat kerana proses pilihan raya dijalankan mengikut Perlembagaan dan peraturan pilihan raya.

"Sekiranya ada perasaan tak puas hati, ada saluran yang boleh digunakan untuk kita membuat aduan. Selanjutnya apa-apa keputusan yang dibuat melalui proses mahkamah, maka kita kena terima kerana ia berpandu Perlembagaan Persekutuan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan