Jerebu: MB Selangor Cadang Peladang Indonesia Lakukan Pembakaran Semasa Musim Hujan

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mencadangkan kepada peladang warga Indonesia supaya melakukan pembakaran pada musim hujan.

Menyifatkannya sebagai suatu kompromi jangka pendek, Khalid berkata, ia dapat menghindarkan daripada udara dicemari secara berlebihan.

“Sudah tentu ia akan menjadi ideal jika pembakaran sifar. Tetapi peladang yang kurang berkemampuan terpaksa melakukan ini (pembakaran) untuk menyuburkan tanah.

“Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli baja, melainkan kita mahu memberikan kepada mereka,” katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Kejohanan Golf Jemputan Selangor pada Selasa.

Khalid berkata, bukan sesuatu yang mustahil untuk menghentikan budaya sesuatu masyarakat bagi suatu jangka pendek.

"Hari ini, kita tidak boleh beritahu mereka untuk hentikan pembakaran, tetapi kita boleh beritahu mereka untuk membakar hanya pada tempoh tertentu.

“Seterusnya, mungkin kita boleh teruskan untuk hentikan pembakaran secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, pembakaran tidak boleh dilakukan pada musim kering antara Jun dan September.

Beliau menambah, kompromi itu merupakan pilihan yang lebih baik, berbanding daripada kerajaan Malaysia dan Indonesia menunding jari antara satu sama lain tetapi tidak mencari penyelesaian.

Berhubung perkara berkaitan, Khalid menasihatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.

“Saya telah mengarahkan pejabat-pejabat daerah untuk memantau jerebu. Bagi penutupan sekolah-sekolah, ia dibawah kendalian Kementerian Pendidikan,” katanya.

Beliau menambah, sekiranya terdapat awan yang mencukupi, mereka turut mempertimbangkan untuk melakukan pembenihan awan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan