Jerebu: Lapan Petani Ditahan Di Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Indonesia telah menahan lapan petani yang membuat pembakaran secara haram di pulau Sumatera untuk membersihkan tanah sehingga berlakunya kejadian jerebu tebal di beberapa bahagian di Indonesia, Singapura dan Malaysia, lapor The Jakarta Post.

Petani-petani tersebut telah ditangkap pada Isnin dan Selasa, menurut jurucakap polis tempatan Lt Kol Hermansyah.

Beliau tidak menyatakan sama ada mereka telah diupah oleh beberapa syarikat-syarikat yang telah dituduh sengaja memulakan kebakaran.

Kira-kira 1,100 penduduk terpaksa melarikan diri dari perkampungan Rantau Bais dan Bangko Pusako di wilayah Riau pada Selasa kerana asap 'acrid' daripada pembakaran paya gambut dan ladang kelapa sawit berdekatan menyukarkan pernafasan, kata Hermansyah.

"Asap telah menyakitkan tekak dan mata mereka," kata Hermansyah.

"Jarak penglihatan benar-benar buruk."

Sehari selepas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada negara jiran Singapura dan Malaysia seramai 2,000 anggota tambahan dikerahkan pada Selasa untuk melawan kebakaran yang telah menjejaskan kualiti udara dan menyebabkan masalah pernafasan di kalangan sesetengah orang.

Beliau telah menggesa agar siasatan dilakukan tetapi berkata api yang muncul disebabkan oleh faktor semula jadi dan manusia.

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya memberitahu pemberita pihak berkuasa sedang menyiasat lapan syarikat perladangan yang mungkin telah memulakan kebakaran.

Pegawai rasmi perhutanan di Riau Ahmad Saeroji menganggarkan kawasan yang dibakar adalah kira-kira 2,000 hektar (4,942 ekar).

Gambar satelit telah mengesan kira-kira 200 kebakaran di ladang-ladang di kawasan itu.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk dan nelayan di bahagian-bahagian di wilayah ini untuk tinggal di rumah minggu ini kerana penglihatan lemah akibat jerebu.

Walau bagaimanapun, Agensi Mitigasi Bencana melaporkan pada Selasa bahawa hujan turun di ibukota wilayah Pekanbaru dan di beberapa kawasan panas selepas kerajaan mengerahkan pesawat untuk pembenihan awan.

Setiap tahun, kebakaran hutan berlaku di Sumatera dan pulau Borneo.

Kerajaan Indonesia biasanya menyalahkan pemilik ladang dan petani tradisional yang membuat pembakaran haram sebagai cara yang murah untuk membersihkan tanah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan