Jerebu: Kaedah Bakar 40 Kali Lebih Murah Berbanding Guna Mesin

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kaedah penarahan dan pembakaran untuk pembersihan tanah adalah 40 kali lebih murah daripada menggunakan mesin, sekali gus menjadikan sukar bagi Indonesia untuk menghentikan pembakaran terbuka.

"Faktor asas adalah kos," kata Dr Helena Varkkey dari Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya.

Dr Varkkey, yang mempunyai kepakaran dalam politik alam sekitar berkata berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak lain, kos bagi kaedah menarah dan membakar untuk setiap hektar adalah kira-kira AS5 (RM16.00).

Menggunakan mesin akan menelan kos kira-kira USD200 (RM640.00).

Beliau menegaskan petani kecil bukanlah punca utama kebakaran sebaliknya 60 hingga 80 peratus penyebab adalah dari ladang-ladang komersial.

"Masalahnya ialah kebanyakan komersial juga memilih untuk menggunakan api, atas sebab yang sama yang berkaitan dengan kos.

"Syarikat-syarikat ini mampu mengelakkan risiko ditangkap dan dihukum kerana pembakaran terbuka," kata Dr Varkkey yang telah menghasilkan penulisan tentang jerebu dan kelapa sawit.

Beliau menjelaskan, syarikat-syarikat ini akan menyewa subkontraktor untuk membersihkan tanah dan jika mereka ditangkap kerana melakukan pembakaran, mereka mendakwa telah mengarahkan kontraktor kecil supaya tidak menggunakan kaedah pembakaran.

Syarikat-syarikat ini katanya, sering memupuk hubungan yang erat dengan pegawai-pegawai kerajaan tempatan dan pusat.

Satu lagi keadaan yang membawa kepada kebakaran dan menyebabkan jerebu yang menjejaskan Malaysia dan Singapura baru-baru ini adalah peningkatan penggunaan tanah gambut tanah untuk menanam pokok kelapa sawit.

Dr Varkkey berkata terdapat peraturan-peraturan yang melarang penggunaan tanah gambut untuk tujuan komersial.

"Apabila dikeringkan untuk digunakan, tanah gambut mengering dengan cepat dan menjadi sangat mudah terbakar.

"Walaupun syarikat ini bukan sengaja membakar untuk pembersihan tanah, saliran tanah gambut adalah sangat mudah terdedah kepada kebakaran.

"Syarikat-syarikat ini telah meletakkan konsesi mereka pada risiko kebakaran dengan membuka kawasan-kawasan ini," katanya.

Beliau menambah walaupun pemilik ladang getah, kilang pulpa dan kertas juga menggunakan api untuk membersihkan tanah, kesannya tidak begitu teruk seperti pembakaran tanah gambut.

"Apabila gambut terbakar, ia mengeluarkan karbon, asap hitam yang menyebabkan jerebu yang sangat buruk dan api yang sangat sukar untuk dipadamkan.

"Kebakaran pada lain-lain jenis tanah tidak menghasilkan asap seperti itu, dan biasanya lebih mudah dipadam," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan