Jenazah Adun Kuala Besut Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pagi tadi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu petang Rabu.

Antara yang mengiringi jenazah ialah Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Turut hadir menziarahi jenazah ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin PAS Datuk Husam Musa.

Lebih 1,000 penduduk hadir menziarahi jenazah yang disembahyangkan di Masjid Teluk Bayu.

A. Rahman, 55, meninggal dunia pukul 10.18 pagi Rabu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan pernafasan selepas seminggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital itu.

Beliau meninggalkan isteri Azizah N. Omar dan empat anak iaitu Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah.

Pada pilihan raya umum ke-13 bulan lepas, beliau mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Allahyarham kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam barisan exco kerajaan negeri Barisan Nasional. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan