Indonesia Sedia Terima Bantuan Negara Asean Tangani Jerebu

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Indonesia bersedia menerima bantuan dari negara Asean bagi menyelesaikan masalah jerebu yang melanda kini, kata Timbalan Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia, Sapta Nirwandar.

Beliau berkata, meskipun masalah itu sudah ditangani dengan pembenihan awan namun bantuan dan pendapat lain dari negara Asean sangat dialu-alukan.

"Tidak jadi masalah jika negara Asean mahu memberi pertolongan kerana bukankah Asean ini solidarity (setiakawan)?

"Indonesia sudi terima sebarang bentuk bantuan dari segi bantuan teknikal serta informasi malah boleh juga secara sukarela ke Indonesia untuk membantu memadam api," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Forum Pemasaran Destinasi Pelancongan Asean di sini, Rabu.

Menurutnya walaupun kedatangan pelancong ke Indonesia berkurangan pada tiga hari pertama jerebu, namun keadaan sudah kembali normal malah beliau yakin ia tidak menjejaskan sektor pelancongan negara itu.

Isnin lepas, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura ekoran masalah jerebu yang berpunca daripada pembakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara jirannya itu.

Yudhoyono berjanji bahawa Indonesia akan berusaha memadamkan kebakaran itu dengan melakukan hujan buatan melalui pembenihan awan selain mengerah pasukan pemadam kebakaran di darat termasuk menggunakan tenaga anggota tentera. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan