Anwar Dilantik Semula Ketua Pembangkang Parlimen

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Rabu melantik semula Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen bagi penggal ke-13.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata pelantikan Anwar dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3).

"Mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebulat suara mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Anwar pertama kali dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada penggal Parlimen ke-12 selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008.

Sebelum ini Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) menyatakan bahawa pembangkang bersetuju mengekalkan Anwar mengetuai pakatan pembangkang di Parlimen.

Persoalan mengenai jawatan Ketua Pembangkang muncul ekoran komposisi kerusi yang dimenangi pembangkang menunjukkan DAP di depan dengan 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan