32 Penunjuk Perasaan Dibebaskan, Disiasat Di Bawah Akta Perhimpunan Aman

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 32 penunjuk perasaan yang juga peserta Perhimpunan Black 505 yang ditahan di hadapan Parlimen pada Isnin dibebaskan dari pusat tahanan Jinjang awal pagi Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata penunjuk perasaan itu termasuk tiga wanita dibebaskan secara berperingkat dengan tahanan terakhir dibebaskan kira-kira pukul 2 pagi.

"Penunjuk perasaan disiasat di bawah Seksyen 9 (5) dan Seksyen 4 (C) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan," katanya ketika dihubungi.

Ku berkata mereka yang ditahan termasuk aktivis pelajar Adam Adli dan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin (atau lebih dikenali sebagai Chegubard) dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kami terpaksa mengambil tindakan terhadap penunjuk perasaan selepas mereka cuba memasuki kawasan Parlimen malah ada di antara mereka merempuh sekatan polis di luar kompleks tersebut.

"Kami memandang serius perkara tersebut kerana beberapa anggota polis bertugas mengalami kecederaan semasa pergelutan itu," katanya.

Beliau berkata polis akan melengkapkan kertas siasatan dan menyerahkan laporan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Perhimpunan itu dianggap salah disisi undang-undang kerana tiada notis diberikan kepada polis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan," katanya.

Pada Isnin, kira-kira 32 penunjuk perasaan ditahan polis selepas berarak ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penipuan dalam pilihan raya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan