Video Buli Tersebar Lagi

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sedutan rakaman video yang menunjukkan salah seorang pembuli memaksa untuk menyumbatkan sesuatu ke dalam mulut mangsa.
Sedutan rakaman video yang menunjukkan salah seorang pembuli memaksa untuk menyumbatkan sesuatu ke dalam mulut mangsa.

PETALING JAYA: Sebuah video, yang menunjukkan enam pelajar menendang dan menarik rambut seorang remaja perempuan di sebuah sekolah di Johor, sekali lagi tersebar di siber.

Kes itu pertama kali berlaku pada Februari lalu, tetapi ekoran penghakiman mahkamah terhadap pembuli dianggap longgar, komuniti dalam talian telah didedahkan dengan serangan yang dilakukan oleh enam remaja perempuan berumur 15 dan 16 tahun, dan semuanya memakai tudung ketika itu akan dibuang sekolah dan menjalani pemulihan.

Pada permulaan video, pembuli menarik kemeja-T dan seluar mangsa yang berumur 14 tahun, dan menarik rambut apabila dia menjerit.

"Senyap, sekarang ini cium kaki saya, rasa sedap bukan?” tanya pembuli itu yang memaksa mangsa melutut sehingga muka mengenai kaki.

“Kalau awak buka mulut, saya akan potong (lidah) dengan gunting,” kata seorang lagi pembuli.

Mangsa merenung pada kakinya apabila pembuli menolaknya ke tanah dan memotong rambut mangsa menggunakan gunting.

Mangsa ditendang dan dipukul di bahagian belakang dan kumpulan pembuli itu hanya mentertawakan apabila mangsa menangis.

Seorang pembuli menanggalkan stokingnya dan menggunakannya untuk menggosok ke seluruh muka mangsa sebelum menyumbat ke mulut mangsa.

Mangsa itu kemudiannya dicampakkan tudungnya ke kepala pada akhir video dengan pembuli mengatakan, “Itu saja, terima kasih.”

Rakaman video selama 11 minit itu dengan tajuk seperti ‘Kes Buli Pelajar Sekolah Lagi; telah mencetuskan kemarahan di Facebook dan Youtube.

Sekumpulan pembuli dan mangsa berkenaan dikatakan pelajar-pelajar di Semenchu, Kota Tinggi.

Polis pada halaman rasmi Facebooknya berkata, mereka mereka telah “menguruskan perkara itu” selepas menerima banyak reaksi daripada masyarakat.

Mahkamah majistret pada Februari lalu dilaporkan mengarahkan pembuli itu untuk membayar RM500 kepada mangsa dan menandatangani bon untuk berkelakuan baik selama tiga tahun.

“Mereka juga perlu melaporkan kepada Jabatan Kebajikan setiap bulan selama dua tahun,” kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supt Mohammad Nor Rashid.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana penganiayaan secara lisan dan penghinaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan