Penduduk Lembah Klang Boleh Dapat Topeng Muka Percuma Di Klinik, Hospital Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk di Lembah Klang boleh mendapatkan topeng muka jenis N95 secara percuma di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan mulai Selasa.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sejumlah sejuta unit topeng muka disediakan untuk dibahagikan kepada orang ramai di kawasan berjerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

"Sekiranya jumlah satu juta itu habis diagihkan, ia bergantung kepada jumlah stok kami yang ada dan kami akan terus mengagihkannya sehingga keadaan jerebu semakin pulih," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Subramaniam berkata topeng muka juga telah diagih-agihkan kepada penduduk di negeri-negeri yang mempunyai bacaan IPU yang teruk seperti Johor dan Melaka melalui pusat membeli-belah, sekolah dan tempat-tempat awam.

Dr Subramaniam turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar semasa jerebu.

"Jika terpaksa berada di luar rumah, pastikan juga memakai topeng muka yang sesuai, minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari dan elakkan merokok semasa jerebu untuk kesihatan," katanya.

Subramaniam berkata pihaknya akan membincangkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi menyelaraskan status penutupan sekolah semasa jerebu dan panduan menghadapi jerebu untuk sekolah-sekolah dalam mesyuarat kabinet Jumaat ini.

"Kami juga akan membincangkan mengenai status penutupan sekolah sekiranya jerebu sampai ke tahap tidak sihat ataupun berbahaya.

"Namun, sekiranya sudah sampai ke tahap 300 ke atas, maka sekolah itu mesti ditutup demi kesihatan murid-murid, " katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu juga mengagihkan 500 topeng muka secara percuma kepada pengguna jalan raya di Kuala Terengganu, Selasa manakala sebanyak 1,000 lagi akan diagihkan di Dungun dan Kemaman pada Rabu.

Pengarahnya Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata selain itu sebanyak 5,000 nashkah bahan pendidikan kesihatan mengenai jerebu sudah diedarkan ke tempat-tempat tumpuan awam manakala 5,000 nashkah lagi akan diagihkan dalam tempoh terdekat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan