Kerajaan Pertimbang Tamatkan Operasi Daulat - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menimbangkan untuk menamatkan Operasi Daulat jika Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) yang dikawal selia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan keberkesanannya menjaga kedaulatan negara di Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata perkara itu akan ditelitinya semasa lawatannya ke Lahad Datu Sabtu ini bersama-sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Sebelum membuat apa-apa keputusan, kita akan lihat situasi dahulu kerana kita lihat pencerobohan pengganas militan Filipina di Lahad Datu pada Februari lepas sebagai 'wake up call' untuk kita menambah baik apa yang ada seperti tahap kesiapsiagaan dan peralatan pasukan keselamatan.

"Justeru itu, sebarang keputusan untuk menamatkan operasi bergantung kepada keadaan Esscom," katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan di sini, Selasa.

Esscom dibentuk pada 7 Mac selepas diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kawasan khas keselamatan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah.

Ia meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat hingga ke Tawau.

Penubuhannya juga susulan insiden pencerobohan pengganas militan dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, 120 kilometer dari bandar Lahad Datu, Sabah pada 11 Feb lepas.

Pada 5 Mac, pasukan keselamatan terdiri daripada ATM dan PDRM melancarkan Operasi Daulat membanteras penceroboh itu melalui strategi Lautan Biru Kebangsaan setelah rundingan tiga minggu gagal.

Kejayaan gerakan ofensif itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.

Namun, lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban dalam insiden itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan