Kanak-Kanak Mangsa Dera Kritikal Tapi Stabil - Pengarah Kesihatan

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pukul 9 malam Isnin akibat didera dilapor kritikal tetapi masih stabil.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata pemeriksaan terhadap kanak-kanak lelaki itu mendapati buku lalinya seolah-olah dirantai manakala kakinya didapati melecur akibat terkena air panas.

"Berdasarkan kesan luka di badannya, ada kemungkinan kanak-kanak itu sudah didera dalam tempoh yang agak lama dan berlanjutan, mungkin dua atau tiga bulan lepas.

"Kesan lukanya pula mungkin akan pulih sepenuhnya dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan 500 keping penutup mulut dan hidung kepada pengguna jalan raya di Wisma Persekutuan pada Selasa.

Polis pada Selasa menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak itu yang diselamatkan dari sebuah rumah di Gong Badak, di sini Isnin.

Sementara itu, anggota keluarga kanak-kanak itu kesal dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Bapa saudara kanak-kanak itu berkata beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu pada pukul 10 malam Isnin selepas dimaklumkan oleh ibunya.

"Mendengar berita itu kami sekeluarga dari Johor bergegas ke Kuala Terengganu kira-kira pukul 12 tengah malam dan kami sedih melihat keadaannya yang mengalami kecederaan di seluruh anggota badan," katanya ketika ditemui di HSNZ.

Beliau berkata ibu kanak-kanak itu mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di Kuala Terengganu bersama tiga anaknya selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya kira-kira tiga tahun lepas.

"Pada awalnya, mereka sekeluarga sering juga bertanya khabar menerusi telefon tetapi kira-kira setahun selepas itu ibu kanak-kanak itu sering mengelak jika keluarga menelefon untuk bercakap dengan anak-anaknya dan lebih teruk dia sering bertukar nombor telefon dan menyukarkan mereka untuk berhubung," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan