Jerebu: Sekolah Di Klang, Petaling Perdana & Manjung Ditutup Pada Rabu

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup pada Rabu (26 Jun) ekoran fenomena jerebu, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

Ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit pada 5 petang Selasa melebihi 250, katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, pengarah pelajaran negeri berkenaan diminta untuk memaklumkan penutupan sekolah di kawasan berkenaan.

Penutupan itu melibatkan 132 sekolah di daerah Petaling Perdana yang meliputi kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Seri Kembangan dan Puchong.

Sementara itu, bagi daerah Klang, kira-kira 133 sekolah ditutup melibatkan kawasan Banting, Pelabuhan Klang dan Kapar.

Di Manjung pula membabitkan 102 sekolah.

"Penutupan sekolah yang terlibat hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa.

"Pihak Pengarah Pendidikan juga perlu memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan tentang bilangan sekolah dan murid yang terlibat ekoran penutupan tersebut," katanya.

Abd Ghafar berkata demi menjamin dan menjaga kesihatan murid, Kementerian Pendidikan bersetuju agar sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kementerian.

Namun sekiranya bacaan IPU melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada kementerian, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan