Jerebu: Industri Pelancongan Tidak Terjejas

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, jerebu yang melanda negara pada ketika ini tidak menjejaskan industri pelancongan.

Beliau berkata, jerebu bukanlah satu isu baru sebaliknya ia berlaku sejak 15 tahun lalu.

"Malaysia sentiasa mencatatkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong asing saban tahun.

"Pelancong asing pergi bercuti bukan sekarang mereka tempah hotel dan tiket kapal terbang. Mereka buat tempahan sebelum terjadinya jerebu.

"Macam mana pun mereka akan datang, saya tidak fikir ia akan terjejas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Ke-13.

Bagaimanapun Nazri tidak menafikan pelancongan domestik akan terjejas namun beliau menjangkakan yang ia tidak akan memberi kesan yang berpanjangan.

"Kita tidak nafikan pelancongan domestik memang terjejas kerana mereka tinggal di sini. Mereka tidak akan pergi (bercuti) ketika musim jerebu," katanya.

Justeru, Nazri berkata bagi meminimumkan kesan jerebu terhadap pelancong, beliau berkata pihak kementerian bercadang untuk memberikan topeng secara percuma di lapangan terbang nanti.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan