Jerebu: 203 Sekolah Di Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam, Seri Kembangan Ditutup Semula

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Murid-murid sekolah sesi pagi keluar daripada sekolah sementara murid - murid sekolah sesi petang direhatkan disebabkan keadaan jerebu yang semakin teruk di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, seksyen 4, di Shah Alam pada Selasa. Sebanyak 203 sekolah di Shah Alam, Subang Jaya, Seri Kembangan dan Kuala Langat diarahkan ditutup semula. Foto BERNAMA
Murid-murid sekolah sesi pagi keluar daripada sekolah sementara murid - murid sekolah sesi petang direhatkan disebabkan keadaan jerebu yang semakin teruk di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, seksyen 4, di Shah Alam pada Selasa. Sebanyak 203 sekolah di Shah Alam, Subang Jaya, Seri Kembangan dan Kuala Langat diarahkan ditutup semula. Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan pada Selasa menarik balik keputusan untuk membuka semula sebahagian sekolah di Selangor apabila sebanyak 203 sekolah di Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam dan Seri Kembangan terpaksa ditutup semula ekoran jerebu yang masih teruk.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi Selasa di kawasan berkenaan mencatatkan tahap yang “tidak sihat” dan “sangat tidak sihat”.

“Bacaan IPU di Kuala Langat setakat pukul 7 pagi ialah 292 manakala bagi kawasan di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana (PPDPP) yang meliputi Shah Alam, Subang Jaya dan Seri Kembangan pula mencatatkan bacaan IPU 289.

“Sehubungan itu, kesemua 203 sekolah di kawasan tersebut diarahkan tutup bermula pagi ini. Pihak sekolah telah pun memaklumkan kepada ibu bapa supaya mengambil anak-anak mereka bagi pelajar yang bersekolah pada sesi pagi.

“Bagi persekolahan sesi petang ini, ia juga diarahkan tutup. Buat masa ini, kesemua sekolah ditutup pada hari ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Mohd Salleh berkata, arahan itu adalah berkuat kuasa untuk sesi persekolahan pada Selasa dan sebarang perkembangan sama ada keputusan untuk meneruskan penutupan atau pembukaan semula sesi persekolahan esok akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Bacaan IPU sentiasa berubah-ubah. Kita tak dapat nak jangkakan. Apa sahaja keputusan akan dimaklumkan kelak," katanya.

Beliau menambah, 203 sekolah itu meliputi 71 sekolah di Kuala Langat dengan 17 sekolah menengah dan 54 sekolah rendah, manakala 132 sekolah di Petaling Perdana pula ialah 47 sekolah menengah dan 85 sekolah rendah.

Bacaan IPU antara 51 dan 100 dikategorikan “Sederhana”, 101 sehingga 200 sebagai “Tidak sihat” dan 201 sehingga 300 “Sangat tidak sihat”.

Sebarang bacaan melebihi 300 adalah “Berbahaya” manakala bacaan melebihi 500 dikategorikan sebagai “Darurat”.

Menurut Mohd Salleh, arahan penutupan sekolah turut kekal di kawasan Pelabuhan Klang berikutan bacaan IPU setakat pukul 7 pagi Selasa ialah 487 - tahap yang berbahaya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pelajar agar menjaga kesihatan berikutan kualiti udara yang tidak baik.

“Mereka (pelajar) dinasihatkan supaya memakai topeng muka apabila berada di luar, banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti di luar. Ibu bapa diminta untuk menasihati anak-anak mereka sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Sufaat Tumin pada Isnin berkata, semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup pada Isnin berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula pada Selasa kecuali di Pelabuhan Klang.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan