Himpunan Black 505 Hilang Legitimasi - Shabery

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah selesai istiadat pembukaan Parlimen ke-13 dengan kesemua 222 ahli parlimen mengangkat sumpah bermakna semua pihak telah mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum yang lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, sudah tidak ada keperluan wakil rakyat pembangkang mengadakam siri Himpunan Black 505.

"Legitimasi Himpunan Black 505 yang dikatakan sebelum ini telah hilang sebaik sahaja ahli parlimen Pakatan Rakyat mengangkat sumpah.

"Rakyat akan melihat mereka hanya kejar angkat sumpah, kejar gaji dan kedudukan. Tapi apa yang mereka sebut selama ini bukan mengikut prinsip atas kebenaran," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, pembangkang memberi pelbagai alasan dengan melemparkan dakwaan yang tidak berasas.

Shabery berkata, adalah lebih baik semua pihak menunggu keputusan petisyen yang difailkan di Mahkamah.

"Saya kesian mereka yang duduk di luar semalam, duduk dalam jerebu berbaring atas jalan raya bermusuh dengan polis, tetapi pemimpin mereka bersenang-senang di dalam dewan angkat sumpah dan menerima segala imbuhan menjadi ahli parlimen dan mereka tidak hiraukan lagi apa yang terjadi pada mereka di luar sana," katanya.

Ahli Parlimen Air Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula menyifatkan Himpunan Black 505 yang dianjurkan itu hanya gimik politik dan sudah tiba masa dihentikan.

Mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, beliau berkata apa yang dititahkan merangkumi semua aspek dan perlu diberi perhatian.

"Sudah tiba masanya kita bergerak ke hadapan dan beri tumpuan terhadap pembangunan negara bukan untuk kebinasaan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokthar Radin berkata, titah Yang di-Pertuan Agong itu satu peringatan paling baik dan perlu diikuti semua pihak.

"Titah ucapan itu memperlihatkan betapa tingginya komitmen baginda untuk melihat kemakmuran negara di mana baginda berpesan seluruh wakil rakyat menghormati Perlembagaan dan bekerjasama untuk membentuk negara menjadi lebih cemerlang.

"Sekarang masa untuk wakil rakyat bekerja tidak perlu lagi himpunan seperti Black 505," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan