Tiada Lagi Khemah Di Padang Merbok

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada lagi khemah para penyokong perhimpunan 'Black 505' kelihatan di Padang Merbok di sini, pagi Isnin dan jumlah penyokong juga berkurangan sekali ganda kepada hanya 100 orang.

Berbanding pada Ahad, terdapat seramai 260 penyokong berhimpun di padang itu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard berkata kesemua khemah telah dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan dibantu polis pada 4.30 pagi.

"Kami yang tinggal di sini hanya berlapikkan kain rentang dan kotak. Tindakan lanjut akan diumumkan selepas ini," katanya.

Pada Ahad, DBKL mengarahkan peserta perhimpunan itu menanggalkan khemah mereka kerana tindakan mendirikan khemah di tempat awam, menyalahi Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 iaitu berkumpul tanpa permit dan kesalahan mendirikan khemah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan