Semua Sekolah Di Melaka Dibuka Seperti Biasa Pada Selasa

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Semua sekolah dan institusi prasekolah di Melaka yang ditutup pada Isnin akibat jerebu diarah dibuka semula seperti biasa esok (Selasa).

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron melalui radio Melaka FM, petang Isnin.

Mengulas lanjut, Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka Kasim Muhamad ketika dihubungi Bernama berkata kesemua 313 sekolah menengah dan rendah itu dibuka semula ekoran bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) kini berada di bawah tahap bahaya.

Beliau berkata sehingga 4 petang ini, Bandaraya Melaka mencatatkan IPU 127 manakala Bukit Rambai 148.

"Mengikut pekeliling Kementerian Pendidikan, sekolah dibenar dibuka sekiranya IPU di bawah 300, namun aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan dihentikan seketika," katanya.

Katanya pelajar juga digalak menggunakan topeng muka bagi mengelak terdedah pelbagai risiko yang boleh menjejaskan kesihatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan