Sekolah Di K.Lumpur, Selangor Mungkin Terus Ditutup - Palanivel

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor mungkin terus ditutup esok (Selasa) berikutan keadaan jerebu yang semain teruk di Lembah Klang, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

Beliau bagaimanapun berkata sekolah perlu menerima arahan daripada Kementerian Pendidikan sebelum berbuat demikian.

"Saya akan berbincang dan bertanya mengenainya (kemungkinan sekolah ditutup) dengan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah anggota parlimen bagi Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan kuliti udara di enam kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai alat pemantauan kualiti udara mencatat paras 'tidak sihat' dengan bacaan antara 128 dan 198 pada pukul 11 pagi ini.

Mengenai dakwaan Indonesia bahawa lapan ladang milik Malaysia di republik itu disyaki menyumbang kepada keadaan jerebu, Palanivel berkata syarikat yang terbabit belum dapat disahkan dan sesetengahnya bukan milik Malaysia.

"Oleh kerana tidak ada bukti, saya perlu membincangkannya dengan rakan sejawatan saya dari Indonesia. Mereka (Indonesia) kata banyak syarikat Malaysia yang terlibat. Tak tahulah saya kalau syarikat Indonesia turut terlibat," katanya.

Beliau berkata Malaysia perlu berbicang dengan Indonesia dan Singapura, yang juga terjejas teruk akibat jerebu, sebelum mengenakan sebarang tindakan terhadap pihak terbabit atau mengambil langkah untuk membendung jerebu, termasuk melakukan pembenihan awan.

Perkara seperti itu, katanya, memerlukan respons serantau secara bersama.

Palanivel dijadual mengadakan perjumpaan dengan wakil syarikat Malaysia yang berpejabat di Jakarta pada Rabu atau Khamis ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan mengesyorkan kepada pentadbir sekolah yang masih ragu-ragu tentang keadaan jerebu yang memerlukan sekolah ditutup supaya segera merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Beliau menyokong cadangan Palanivel agar sekolah di Lembah Klang terus ditutup sekiranya jerebu masih berada pada paras bahaya.

"Saya menyeru kepada semua pentadbir sekolah supaya mematuhi pekeliling yang dikeluarkan berhubung penerusan penutupan sekolah dan penutupan ini akan bergantung pada kualiti udara di kawasan terjejas," katanya kepada Bernama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan