Polis Kawal Ketat Laluan Masuk Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Polis mengawak ketat laluan masuk ke bangunan Parlimen.Foto AZMAN GHANI / The Star
Polis mengawak ketat laluan masuk ke bangunan Parlimen.Foto AZMAN GHANI / The Star

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat kawalan ketat disepanjang laluan masuk ke Parlimen bagi memastikan proses mengangkat sumpah ahli Dewan Rakyat pada Isnin berjalan lancar.

Difahamkan anggota keselamatan itu mula diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sejak Ahad malam bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Sehingga pukul 7.30 pagi Isnin, tinjauan mendapati proses keluar masuk kakitangan Parlimen, pegawai bertugas serta pengamal media ke kompleks Parlimen berjalan lancar.

Pada Ahad Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun Parlimen merupakan tempat bebas untuk orang awam, namun pihaknya tidak mahu sebarang keadaan yang boleh menyukarkan anggota Parlimen memasuki kawasan itu.

Difahamkan kawalan ketat itu juga dilaksanakan berikutan tindakan kumpulan peserta perhimpunan Black505 yang berkhemah sejak Sabtu lalu di Padang Merbok yang terletak dalam lingkungan jarak satu kilometer dari kompleks Parlimen.

Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen pada Isnin.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 16 hari mulai Isnin hingga 18 Julai.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan