Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat - KP Kesihatan

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Terdapat peningkatan pesakit asma serta penyakit berkaitan mendapatkan rawatan di hospital dan klinik di sekitar negeri Johor dan Melaka, sejak jerebu melanda kedua-dua negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berlaku peningkatan melebihi seratus peratus bagi penyakit asma semenjak krisis jerebu.

"Di Johor pesakit asma meningkat kepada 122 peratus manakala di Melaka meningkat dengan ketara iaitu 127 peratus," katanya pada sidang media selepas melancarkan 'Kempen dan Seminar Keselamatan Pesakit Peringkat Kebangsaan' di sini Isnin.

Beliau berkata turut meningkat ialah jangkitan saluran pernafasan iaitu di Johor sebanyak 38.5 peratus dan Melaka 20.7 peratus.

Peningkatan juga berlaku terhadap simptom konjunktivitis atau sakit mata dengan Melaka mencatat peningkatan 63.6 peratus manakala di Johor tiada peningkatan, kata Dr Noor Hisham.

Justeru itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah atau menggunakan penutup hidung dan mulut ketika berada di luar rumah.

Beliau berkata bagi memberikan rawatan yang sebaiknya kepada pesakit yang mengalami simptom jerebu di dua buah negeri tersebut, hospital dan klinik kerajaan kini memfokuskan kepada kes kecemasan.

"Kita mengurangkan pembedahan dan perkhidmatan lain, sekarang hanya fokus kepada kecemasan dan mengerakkan tenaga utama kepada unit kecemasan," katanya.

Kempen yang pertama kali diadakan itu menggabungkan kerjasama sektor awam dan swasta berkaitan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan pesakit dan bagaimana ini boleh dicapai.

Kempen dua hari bermula Isnin bertemakan 'Bersama-sama untuk keselamatan' dihadiri 500 peserta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan