Peniaga Naikkan Harga Topeng Muka Akan Dikenakan Tindakan - Hasan

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menaikkan harga topeng muka sewenang-wenangnya berikutan permintaan meningkat akibat jerebu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata topeng muka adalah barangan harga terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya peniaga diwajibkan menjual topeng muka tidak melebihi harga maksimum yang telah ditentukan kerajaan dan peniaga juga dikehendaki meletakkan tanda harga ke atas topeng muka yang dijual di premis mengikut Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1980.

"Bagi individu yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang telah ditentukan boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

"Bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Hasan berkata individu yang gagal meletakkan tanda harga bagi barangan yang dijual boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM25,000.

"Bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000. Tindakan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya.

Katanya sebanyak lima jenis topeng muka terlibat bagi penguatkuasaan kawalan harga, topeng muka 1 lapis (sangkut pada telinga) 100 keping x 1 kotak (harga maksimum borong RM5 sekotak/harga maksimum runcit RM7 sekotak), topeng muka 2 lapis (sangkut pada telinga) 100 keping x 1 kotak (RM 7/RM10 (20 sen seunit)), topeng muka 3 lapis (sangkut pada telinga dan ikat pada kepala) 50 keping x 1 kotak (RM25 sekotak/80 sen seunit), topeng muka 3 lapis (ikat) 50 keping x 1 kotak (RM30 sekotak/80 sen seunit) dan N95 20 keping x 1 kotak (RM100 sekotak/RM6 seunit).

Beliau berkata tindakan memantau kedudukan bekalan topeng muka yang merupakan barang kawalan juga akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya langkah itu bagi menentukan peniaga tidak menyorok atau menahan barangan tersebut daripada sampai ke pasaran dengan tujuan memanipulasi harga.

"Kementerian sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan memastikan bekalan topeng muka di pasaran mencukupi untuk menampung permintaan orang ramai," katanya.

Katanya mana-mana peniaga yang didapati tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementerian melalui emel, e-aduan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan