Majlis Angkat Sumpah Berjalan Lancar - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pada keseluruhannya majlis angkat sumpah 222 ahli parlimen berjalan lancar walaupun berlaku 'drama' di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen dan kekecohan ketika usul memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat, pada pagi Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau bersyukur kerana ura-ura pembangkang mahu memboikot majlis angkat sumpah itu tidak berlaku.

"Semua berjalan dengan lancar, kalau tidak lancar sudah pasti saya menerima maklumat," katanya yang mengulas mengenai perjalanan Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen dan kekecohan yang berlaku di luar bangunan Parlimen pagi Isnin.

Shahidan yang juga menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Parlimen berkata dengan selesainya majlis angkat sumpah pada Isnin bermakna kesemua ahli Parlimen telah mengiktiraf keputusan PRU-13 yang lalu.

"Pembangkang tidak jadi boikot, saya rasa tidak perlu lagilah mereka adakan Himpunan Black 505.

"Angkat sumpah bererti iktiraf keputusan. Selepas ini buat perjumpaan di luar beritahu yang mereka (PR) telah angkat sumpah. Jadi tidak perlu pertikaikan lagi (soal keputusan PRU-13)," katanya ketika ditemui selepas selesai sesi fotografi Ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-13.

Mengulas mengenai kekecohan yang berlaku ketika pemilihan Speaker beliau berkata, peraturan menyuarat 4(3) dan 4 (4) menjelaskan Setiausaha Dewan Rakyat tidak boleh menerima sebarang bantahan. "Dalam peraturan sebut undi bersurat, bererti surat itu perlu disahkan dan menulis nama," katanya yang juga Ahli Parlimen Arau.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, walaupun semua ahli parlimen PR mengangkat sumpah tidak bererti Himpunan Black 505 dihentikan.

"Himpunan Black 505 akan diteruskan kerana ia tidak ada kena mengena dengan parlimen hari ini.

"Mobilasi yang kita tuntut supaya keseluruhan SPR letak jawatan. Saya tidak rasa dengan hanya menubuhkan jawatankuasa siasatan boleh menutup kesalahan yang berlaku," katanya.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP itu berpendapat Parlimen ke-13 lebih menarik dan memerlukan kerjasama yang baik daripada kedua-dua parti.

"PR menerima sokongan yang baik dalam PRU-13, bermakna rakyat ingin melihat kedua-dua pihak bersikap matang untuk meneruskan perbahasan dalam dewan dengan baik dan membawa suara rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan