JPJ Permudah Urusan Perbaharui Cukai Jalan Motosikal Tamat Tempoh Lebih Setahun

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi peluang kepada orang ramai memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan motosikal yang tamat tempoh melebihi setahun, tanpa perlu membuat pemeriksaan di Puspakom Sdn Bhd.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata pegawai JPJ akan ke lokasi yang ditetapkan secara berkala, termasuk Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Mesra Rakyat bagi memeriksa motosikal terbabit secara percuma.

"Mengikut prosedur biasa, motosikal yang tidak diperbaharui cukai jalan lebih setahun perlu dibawa ke Puspakom untuk dibuat pemeriksaan casis, nombor enjin dan komponen lain.

"Selepas diluluskan pihak Puspakom, barulah motosikal ini boleh dibuat pembaharuan cukai jalan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pemeriksaan Motosikal bagi LKM yang tamat tempoh lebih satu tahun di sini, Isnin.

Beliau berkata keutamaan akan diberi kepada orang ramai yang tinggal di luar bandar dan tanah rancangan seperti Felda dan Felcra, di mana kawasan penempatan mereka jauh dari Puspakom.

Ismail berkata perkhidmatan berkaitan LKM itu, yang kini diperluas ke seluruh negara, mula diperkenal oleh JPJ Kelantan pada 2011 melibatkan 1,832 motosikal diikuti pada 2012 sebanyak 2,839 motosikal, dan sehingga Jun lepas, sebanyak 1,542 motosikal.

Menunggang motosikal tanpa cukai jalan bukan sahaja menyalahi undang-undang jalan raya, mereka juga tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan, katanya.

Mengulas jerebu yang melanda negara ketika ini, Ismail berkata beliau telah mengarahkan anggotanya agar menangguhkan operasi di lokasi yang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi tahap bahaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan