Jerebu: Pemuda Umno Serah Bantahan Kepada Kedutaan Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno pada Isnin menyerahkan satu memorandum kepada kedutaan Indonesia di sini yang menggesa kerajaan republik itu mengawal dan memadam kebakaran hutan yang menyebabkan Malaysia teruk dilanda jerebu sejak awal minggu lepas.

Pergerakan itu juga menyeru pihak yang bertanggungjawab bagi pembakaran terbuka di Indonesia disiasat dan dikenakan hukuman berat, sejajar dengan undang-undang negara itu.

"Dengan ini, kami menuntut agar kerajaan Indonesia menimbang secara berhemah dan serius berhubung perkara ini.

"Kami meminta kerajaan Indonesia meratifiksikan Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang berkuat kuasa mulai 2003," kata pergerakan itu dalam memorandum berkenaan.

Melalui memorandum itu, Pemuda Umno menyuarakan bantahannya tentang ketiadaan tindakan proaktif dan penguatkuasaan yang lemah oleh pihak berkuasa Indonesia, yang didakwanya menyumbang kepada berlakunya pembakaran secara terbuka dengan sewenang-wenangnya dan berterusan di Sumatera.

Katanya rakyat Malaysia menderita dari segi kesihatan, emosi dan ekonomi akibat jerebu yang berlaku berulang kali.

Pelajaran 1.5 juta murid dari 1,817 sekolah di lima negeri terganggu apabila sekolah terpaksa ditutup kerana jerebu, manakala Muar dan Ledang di Johor kini berada dalam 'darurat jerebu' apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara di kawasan itu melonjak kepada lebih 700. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan