Jerebu Merebak Ke Dua Daerah Di Kelantan - Berita Semasa | mStar

Jerebu Merebak Ke Dua Daerah Di Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Dua daerah di Kelantan iaitu Kota Baru dan Tanah Merah mula dilanda jerebu sejak pagi Isnin.

Menurut laporan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kota Baru menunjukkan peningkatan dengan bacaan tidak sihat iaitu 114 pada pukul 11 pagi, berbanding 108 pada pukul 7 pagi.

Tanah Merah turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU, bagaimanapun masih berada pada paras sederhana iaitu 93 setakat pukul 11 pagi, berbanding 90 pada pukul 7 pagi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Tinjauan Bernama di sekitar Kota Baru mendapati keadaan jerebu tersebut tidak menjejaskan aktiviti harian orang ramai. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan