Jerebu: Masjid & Surau Seluruh Negara Diseru Adakan Solat Istisqa'

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau diseluruh negara mengadakan solat Istisqa', solat khusus memohon agar ALLAH S.W.T. menurunkan hujan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, berikutan kualiti udara tidak sihat dan beberapa kawasan diisytihar darurat, solat Istisqa' diharap mengurangkan kesan jerebu.

"Setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beliau berharap masjid, surau, NGO dan individu di seluruh negara mengadakan solat Istisqa'," katanya pada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen, pada Isnin.

Justeru, Jamil Khir mengajak rakyat menyertai solat Istisqa' yang diadakan di Masjid Negara pada Isnin selepas solat Zuhur.

Selain itu katanya, masjid di sekitar Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga akan mengadakan solat Istisqa'.

Tambah Jamil Khir, masjid, surau, individu juga boleh mengadakan solat hajat setelah mengadakan solat Istisqa' .

"Solat Istisqa' boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dikerjakan sama seperti solat hari raya yakni dengan tujuh kali takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua," ujarnya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, Jakim akan menghubungi Jakim, pejabat agama Islam negeri-negeri lain untuk memaklumkan mengenai solat Istisqa'.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan