Jerebu: MAS Keluar Amaran Kemungkinan Gangguan Jadual Penerbangan

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penumpang diberi amaran tentang kemungkinan berlaku gangguan penerbangan yang dirancang berikutan penglihatan yang lemah akibat jerebu.

Malaysia Airlines (MAS) menasihatkan penumpang mereka mengenai kemungkinan pembatalan penerbangan mereka pada saat akhir dan penjadualan semula penerbangan berdasarkan perkembangan jerebu.

MAS juga sedang memerhatikan lima lapangan terbang yang mungkin akan ditutup atau berlaku gangguan akibat jerebu yang bertambah buruk.

Lapangan terbang tersebut ialah Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baru, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa lapangan terbang dalam memantau keadaan dan akan menyesuaikan operasi penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang yang terjejas apabila perlu.

"Keselamatan adalah amat penting (dan) memastikan tetamu kami sampai ke destinasi mereka dengan selamat akan sentiasa menjadi keutamaan kami," kata Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata dalam satu kenyataan, Isnin.

Beliau berkata syarikat penerbangan ini telah menubuhkan sekretariat jerebu untuk memantau keadaan pada setiap jam dan menyediakan kemas kini tiga kali sehari.

Status penerbangan MAS boleh disemak di laman web syarikat atau melalui nombor bebas tol 1300 88 3000.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan