Jerebu: Indonesia Boleh Ambil Tindakan Jika Syarikat Malaysia Terlibat

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Indonesia boleh mengambil tindakan undang-undang jika pihak berkuasa negara itu mendapati syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Malaysia terlibat dengan sebarang pembakaran terbuka di kawasan ladang kelapa sawit di Riau.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, undang-undang Malaysia tidak boleh dikenakan kepada syarikat yang didapati terlibat kerana kesalahan berkenaan dilakukan di negara seberang.

"Jika ada salah, Indonesia boleh ambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

"Undang-undang kita tak boleh dikuatkuasakan di sana," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Bagaimanapun menurut Palanivel, beliau akan mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut sewaktu kunjungannya ke Indonesia Rabu ini.

"Tapi ada di kalangan syarikat berkenaan mengatakan mereka tiada kaitan.

"Namun kita tetap akan jumpa dan kenal pasti jika berlaku perbuatan yang salah," katanya.

Palanivel dijadual akan bertemu rakan sejawatannya di Indonesia pada Rabu bagi membincangkan cara untuk menangani situasi jerebu yang melanda beberapa negeri di Malaysia dan Singapura.

Antara perkara yang akan dibincangkan termasuk mewujudkan pembenihan awan di sana.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan