IPU Di Port Dickson, Muar Bertambah Baik

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Port Dickson, Negeri Sembilan menunjukkan penurunan dengan bacaan 292 iaitu sangat tidak sihat setakat 11 pagi ini, berbanding bacaan 335 yang direkodkan pada 7 pagi Isnin.

Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar, dua lagi kawasan yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat ialah Pelabuhan Klang di Selangor dan Kemaman, Terangganu apabila masing-masing mencatat bacaan 288 dan 253.

Sementara itu, Muar yang diisytiharkan kawasan darurat semalam terus menunjukkan perkembangan positif dengan bacaan IPU 132, berbanding 148 yang direkodkan pagi Isnin.

Sebanyak 21 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 26 sederhana dan dua lagi dikategorikan baik.

Di Lembah Klang, IPU bagi kawasan Batu Muda dan Cheras mencatatkan peningkatan apabila masing-masing merekodkan bacaan 198 dan 160.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan