Cuepacs Minta Kerajaan Urus Semula Pinjaman Perumahan Penjawat Awam

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mengambil alih kemudahan pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada bank komersil.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ini berikutan kebimbangan anggota Cuepacs bahawa polisi baharu itu akan membebankan kedudukan kewangan peminjam.

"Kami memutuskan ia mesti diurus oleh Bahagian Pinjaman Perumahan. Kita tidak mahu ia diagih kepada bank komersil kerana ramai bimbang akan terdapat bermacam-macam caj yang mungkin dikenakan oleh bank komersial nanti," katanya kepada Bernama selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Pertama Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia Berhad di sini, Isnin.

Perkara itu antara usul yang diputuskan pada mesyuarat berkenaan.

Kerajaan dalam Belanjawan 2013 memutuskan untuk memindah kemudahan pinjaman perumahan kerajaan untuk diurus oleh bank komersil mulai Januari tahun ini.

Omar berkata Cuepacs juga akan terus mengesa agar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan oleh kerajaan diturun kepada satu peratus.

"Selain itu, kami juga mahu kerajaan menyemak semula untuk menaikkan elaun perumahan bulanan dari RM180 sekarang kepada RM450, manakala bantuan sara hidup (Cola) diseratakan di seluruh negara pada kadar RM300 sebulan," katanya.

Cuepacs juga mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran bayaran gratuiti bagi penjawat awam sebanyak 20 peratus pada usia 50 tahun.

"Kami mencadangkan supaya pengeluaran dibenarkan untuk membantu pembiayaan yuran anak-anak di peringkat pengajian tinggi, membaiki atau membayar hutang rumah dan membuat umrah," katanya.

Beliau berkata Cuepacs juga akan mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam supaya menyelesaikan semakan gred dan tangga gaji bagi hampir 200 kategori pekerjaan dalam perkhidmatan awam yang kebanyakannya melibatkan kumpulan sokongan, selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Keputusan mesyuarat itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa minggu ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan