CAP Gesa Kerajaan Haramkan 'e-Cigarette'

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Isnin menggesa Kementerian Kesihatan supaya segera mengenakan larangan terhadap penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau e-rokok kerana mendakwa semakin ramai anak muda tertarik untuk menggunakannya yang secara langsung memberi kesan negatif alat itu sebagai kaedah menghentikan tabiat merokok.

Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata para saintis di University of Athens, Greece, mendapati e-rokok boleh menyebabkan kerosakan kepada paru-paru dan nikotin yang merupakan racun toksik serupa dengan racun serangga.

"Apabila terlalu banyak yang dihisap, ia boleh membawa kepada keracunan nikotin yang menyebbkan muntah, rasa mual dan pening kepada," katanya kepada pemberita.

Rokok elektronik itu yang tidak mengandungi tembakau, pertama kali diperkenalkan di China pada Mei 2004.

Ia merupakan alat yang menggunakan bateri untuk katrij yang berisi cecair yang mengandungi pelbagai perisa seperti pudina, vanila, ceri dan biji kopi.

Pegawai pendidikan CAP N.V. Subbarow berkata seorang peruncit di sebuah kompleks membeli belah di sini mendedahkan bahawa lebih ramai belia kini membeli e-rokok.

Peruncit itu juga berkata ramai wanita turut membeli e-rokok memandangkan stigma sosialnya lebih kurang berbanding rokok sebenar, katanya.

Subbarow berkata walaupun ada had umur bagi penjualan rokok biasa, tetapi tiada had umur untuk membeli e-rokok dan ini boleh menjawab soaanl kenapa lebih ramai kanak-kanak dan anak muda menggunakannya.

"Berdasarkan bancian kami, didapati majoriti pengguna e-rokok ialah remaja dan daripada 10 pemberita, tiga ialah wanita," katanya sambil menambah kata e-rokok mudah didapatkan di kedai cendera hati.

E-rokok dipasarkan sebagai alat berkesan berhenti merokok dan dijual pada harga RM50 dan RM90 sementara botol yang berisi cecair dijual antara RM10 dan RM20 satu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan